Tips Fotografi : Elak Gambar Blur

[GAMBAR SEKADAR HIASAN]

Assalamualaikum Semua...Kali Nie Aku Nak Bagi Tips Kepada Peminat
Fotografi Nie..Tips Nie Bukan 100% Dari Aku..Nanti Lihat Credits Dia..:D
Tips Nie Tentang Mengelakkan Gambar Blur..
Jom Baca..:D


Dalam bidang fotografi, banyak kesilapan seperti underexposure, overexposure, framing dan banyak lagi boleh diperbetulkan dengan software2 seperti Adobe photoshop, Adobe lightroom, Gimp dan banyak lagi. Tapi bila dah blur, memang susah nak sharp’kan balik. Walaupun ada banyak cara nak sharp’kan gambar seperti Unsharp Mask, hasilnya masih tidak memuaskan. So cara yang terbaik ialah untuk elakkan gambar atau imej menjadi blur.

Antara tips2 untuk mengelakkan gambar blur: 



1. Pegang kamera dengan cara yang betul

 Pegang kamera dengan cara yang betul untuk mengelakkan camera shake. Camera shake bukanlah sejenis minuman, tapi berlaku bila shutter ditekan dan pada masa yang sama tangan korang pun bergerak sama. Untuk mengelak camera shake, ikut step-step berikut; 

pastikan lengan atau siku rapat ke bahagian dada. tarik nafas dan tahan. tekan shutter separuh untuk fokus pada objek sampai ada bunyi “bep!” 

tekan shutter sepenuhnya lepas nafas (betul ke ayat aku ni?) tengok gambar yang dah korang ambik, kalau tak sharp cari sungai berdekatan dan campak je kamera tu kat sungai. Hehe... 



2. Gunakan Tripod

“The Ultimate Tool” untuk mengelakkan gambar blur. Tapi hanya sesuai digunakan untuk shot objek-objek statik seperti landskap dan gambar potret yang tidak melibatkan pergerakan yang banyak seperti gambar formal. 



3. Shutter Release

Walaupun korang dah guna tripod, tapi gegaran ketika menekan shutter masih boleh menyebabkan camera shake. Untuk mengatasi masalah ini, pakai remote shutter release. Kalau takda remote, boleh setkan timer kat kamera korang. 

4. Shutter speed yang sesuai

Untuk gambar yang sharp, korang kena guna shutter yang tidak kurang 1/60 (handheld). Lagi satu, elakkan shutter speed yang kurang berbanding focal length.


  • Focal length 50mm=shutter speed 1/60 dan ke atas. 
  • Focal length 125mm=shutter speed 1/125 dan ke atas. 
  • Focal length 200mm=shutter speed 1/250 dan ke atas. 


5. Aperture tinggi

Bila korang gunakan aperture yang rendah seperti f1.8, area fokus akan menjadi kecik menyebabkan amat sukar nak fokus pada sesuatu objek seterusnya menyebabkan gambar blur. Aku sendiri pun kadang-kadang selalu dapat gambar blur sebab guna aperture rendah. Jadi, guna aperture yang tinggi seperti f8.0 supaya subjek fokus sepenuhnya. Jangan risau kalau gambar korang kurang bokehnya sebab lebih baik takda bokeh dari gambar blur.

Credits To : Hidayat Photography(Facebook)
                           Hidayat Photography(Blog)
SEMOGA BERJAYA



0 comments:

Post a Comment